Monday, 23 January 2012

EmPtY :(

Hai2 readers2 semua. walaupun blog sya ni x de follower tapi sya x kesah sgt apa yg penting saya dapat luahkan perasaan yang terbuku dalam hati ni. Hari ni merupakan Hari kedua Tahun Baru Cina. Pukul 8 pagi nanti saya akan pergi ke rumah nenek saudara saya untuk mengikis angpau.. hehe. tapi masalahnya saya x dapat tido. :(



Berbalik kepada tajuk entry kali ini, saya sebenarnya kesepian. Sedih yang membuak2. 2 orang insan yang selalu membantu dan memberi semangat kepada saya telah pergi dalam masa 1 bulan. Sakitnya hati Perihnya jiwa tidak terkata. Pak Cik n Datuk Bongsu saya meninggalkan saya sehingga menyebabkan hati saya masih sedih hingga kini. Tawa mereka, Lawak mereka, senyuman mereka, kata2 mereka sering bermain dalam pikiran saya sehingga membuat saya agak tertekan. kedua2 mereka merupakan seorang yang ceria, suka berjenaka dan setiap jenaka mereka mengandungi nasihat tertentu.



Arwah Uncle Puhan dan isterinya jika bercakap ada saja mereka gaduh2 manja. Saat itulah yang sangat menghiburkan. Gaduh manja mereka amat mencuit hati. Arwah selalu datang ke rumah saya dan tiap kali datang dia x lupa bawa sayur kegemaran saya. Lepas ni x ada lagi yang akan berbuat demikian. Dia selalu mesej dengan mamy bertanya khabar sebab dia x dapat bermesej dengan dady sebab dady pasti x ada masa untuk reply mesej tu. Lepas ni saya hanya dapat tengok gambar dia saja. Last saya jumpa dia last year. sedih sangat bila saya tengok keadaan dia sebelum dikebumikan kurus sekali seperti bukan dia. Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat.



Arwah Aki Bongsu seorang yang ceria dan berjenaka. Semasa kematian dia saya hanya duduk di sisi mayatnya tidak mahu berganjak ke tempat lain. Sedihnya saya sebab saya x sempat berpeluk dan menerima kucupan rindu dia yang selalu dia buat tiap kali berjumpa dengan kami adik beradik ketika pulang kampung. Arwah x memilih orang sesiapa saja yang dia kenal akan dia peluk. saya rindukan pelukan dan kucupan yang selalu dia bagi di dahi saya. Arwah kalau dah peluk orang sampai susah nak bernafas. Arwah seorang ayah yang x betah di tinggalkan  anak2 n isteri begitu juga dengan anak2 n isterinya. Isterinya sanggup tunggu dia balik ke rumah untuk temankan dia makan. Sayu saya lihat nenek bongsu saya x lalu makan sebab kalau dia makan suaminya mesti di hadapan dia. Arwah selalu call kami di johor ni, saya bersyukur sebab seminggu sebelum arwah meninggal saya sempat berjumpa dengan arwah. Pada 26.12 sepatutnya arwah pulang ke kampungnya sebab nak bertemu dengan kami tetapi yang datang ialah badannya yang sudah sejuk x bernafas.  Saya x menghiraukan hujan yang lebat dan tanah yang licin sehingga saya tergelincir sewaktu trak askar datang menghantar mayatnya.



Apabila kerandanya dibuka hatiku sudah tidak bertahan. butir2 jernih terus mengalir laju. wajahnya tersenyum tika itu. lena sekali tidurnya. Ku genggam tangannya mengharapkan dia kembali bernyawa namun itu mustahil. Aku sungguh sedih sebab saya memang menunggu kedatangannya tetapi badannya yang datang. Terus saya teringat janjinya yang ingin membawa kami sekeluarga makan buah durian di kampung isterinya. Semuanya tidak kesampaian.

Arwah Uncle Puhan n Aki Bongsu memang jenis orang yang kuat makan. Mereka akan makan sampai tidak larat untuk bangun. Aki Bongsu tiap kali pulang ke rumah di kampung dia akan minta nasi lapar katanya. Mereka tidak pernah menolak kalau di ajak makan. Apabila mengenangkan itu semua hati ini sangat sayu. Kenapa mereka pergi tanpa memberitahu saya dahulu. Kenapa?? Kenapa?? Saya pasrah. Mungkin ini semua dugaan untuk menguatkan semangat saya dan untuk meningatkan saya supaya terus sayang akan orang2 di sekeliling sya terutama keluarga yang tercinta.




Sebenarnya saya memerlukan seseorang untuk meluahkan semua kesedihan, ya maklumlah single katakan nak luahkan dekat sapa pulak. Dekat blog ni lah jawabnya. Nak luahkan dekat Grace kami berdua dua kali lima saja. Nak luahkan dekat Jessie dia busy x blh kacau. Nak luahkan dkat Mumu x da masa yang terluang saya boleh luahkan perasaan. Lastly saya luahkan perasaan saya melalui doa kepada Tuhan barulah hati saya tenang. Ketenangan itu sungguh menenangkan. Kalau nak luahkan dekat kawan yang lelaki apa pula pikir orangkan?



Selalunya saya dijadikan tempat meluah perasaan dan mendapatkan khidmat nasihat *dah mcm kaunselor pulak.. hehe oleh Mumu, Jessie, Grace, Wan, n ada sesetengah kwan tu. Tapi disaat saya nak meluahkan perasaan saya tak tahu nak luahkan pada siapa. Saya sering luahkan perasaan sya pada Tuhan n Diary yang sentiasa ada bersama saya sebelum tido. :)

Entry kali ni agak panjang. Mood menulis membuak2. Saya kadang2 jealous juga bila tengok kwan2 sepupu sepapat ni bercouple2. Saya ni single je. hurmmm.. ade orang cakap saya jual mahal. *ermm.. betul ke? saya pun x tahu. Tapi saya pernah bg tau Jessie agaknya orang yang kesmbilan nanti kot. haha.. siapalah tu? saya x kesah tapi yang penting kami saling menyanyangi *eww.. ayat x blh belah rasa mcm nak cubit diri je, agak geli.

Okey.. Mata dah mulai sepet pandai pun kau ngantuk wahai mata. Nanti time aku nak siapkan assignment *ceh dah mcm budak U pulak. x pe berngan2. mata tu mulalah nak tertutup. geram betullah. ERmmm.. saya jealous sgt2 bila tengok sepasang couple ni sweet gila. tiap kali saya tengok gambar2 mereka berdua tahap kejealousan sya tu semakin meningkat,. Saya pun nak mcam dieorg. saya suka betul dengan kisah pertemuan mereka. dari musuh menjadi kekasih dari benci menjadi cinta.. AWESOME.. terbaik. semoga hubungan mereka ke jinjang pelamin. AMEN. hehe.. mendoakan kebahagiaan orang merupakan suatu kebahagian untuk diri sendiri.



Sbar je x lama lagi saya dapatlah.. kan2? hehehe.. *gatal sgt. Tapikan My Mom said that My Sister (Steffenney) will get married first. woahhh.. I'm laughing like hell. aahahha.. My target is 25 years old. I know I can.. yeah.. Okey2.. my eye can't tahan already. need to go now. my bed also calling me. my micky need a hug from me.. hehe.. okey guys.. Night2.

I LOVE U ( to someone that will be my sweetheart )
*ahahah.. so perasan..


No comments:

Post a Comment