Saturday, 4 August 2012

Berkongsi Ilmu Dengan Pembaca ^_^


Program Pertukaran Belia dalam kalangan negara jiran mendatangkan pelbagai faedah kepada belia
dan negara yang menyertainya. Huraikan pernyataan di atas.


          Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Generasi muda adalah aset terbesar bagi sebuah negara era globalisasi yang semakin progresif ke arah pembangunan. Wawasan 2020 merupakan mauduk utama Malaysia sebagai negara yang maju. Untuk mencapai matlamat tersebut, generasi muda perlu disiapkan di bahagian hadapan bagi memperjuangkan anjakan paradigma yang semakin berkembang.Negara-negara di dunia telah melaksanakan banyak program pertukaran pelajar antarabangsa. Di Malaysia pula, Program pertukaran pelajar bukanlah sesuatu yang baharu. Pelajar-pelajar cemerlang telah dihantar untuk belajar di luar negara dan mengambil contoh yang baik untuk dioperasikan di Malaysia.Pada hemat saya, program pertukaran pelajar ini menelurkan banyak manfaat.

           Pepatah ‘Biar mati anak jangan mati adat’ ini membenarkan kenyataan bahawa tradisi lebih penting untuk diutamakan kerana ia diamalkan sejak berkurun lama dahulu. Program pertukaran pelajar yang biasa berlangsung selama dua minggu bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mempelajari tradisi di negara orang malah mereka juga boleh mempelajari tradisi di negara kita. Misalnya negara Jepun yang terkenal dengan tradisi dan teknologi yang jauh lebih maju berbanding Amerika Syarikat. Dalam ketaksuban kita mempelajari permainan bunga tenis, Jan-Ken-Po (Gunting-Batu-Kain) dan lagu-lagu tradisional mereka seperti Kagome Kagome, Maru Take Ebisu dan Fuyuhime-sama, mereka juga tertarik dengan keunikan dan keenakan kuih-muih tradisional negara kita seperti kuih kosui, buah Melaka dan kuih sagu. Mereka juga kagum dengan pakaian tradisional Melayu iaitu baju kurung kerana ia kelihatan seakan-akan kimono, yang juga mengehadkan pergerakan mereka.Pertukaran pelajar bukan sahaja bermaksud bertukar konsep pelajaran tetapi juga bertukar informasi dan pandangan tentang negara mereka.

            Tambahan pula, pelajar dapat mempelajari sejarah di negara yang terlibat seperti Sejarah Kemerdekaan, Sejarah Penubuhan dan Sejarah Keluarga di-Raja. Misalnya negara Rusia yang terkenal dengan pemerintahan Raja Tsar yang akhirnya jatuh akibat pemberontakan. Tragedi itu juga menjadi inspirasi untuk membikin sebuah cerita kartun terkenal iaitu Anastasia. Gadis berdarah di-Raja Rusia ini dikatakan hilang semasa pemberontakan dan pembunuhan keluarganya dan dipercayai masih hidup. Pelajar yang berpeluang ke Paris dapat melihat peninggalan Raja Tsar dengan lebih spesifik serta monument seperti istana Rumanov. Kepada peminat Raja Napoloean, pemerintah negara Perancis yang terkenal dengan kependekan tingginya dan ketinggian egonya boleh mengekori program pertukaran pelajar untuk melihat sendiri tinggalan sejarah Negara tersebut dan memupuk minat terhadap dunia sejarah.

            Bagi sesetengah pelajar,mereka menyambung pengajian ke luar negara adalah untuk mencari pengalaman dan kelainan dalam proses pembelajarannya. Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik genersi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Hal ini akan, membuka minda pelajar agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Pelajar akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya. Teknologi yang berkembang di luar negara dapat di bawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar. Ironinya, negara akan dapat meningkatkan kualiti kerja dan pembangunan negara hasil daripada

            Seterusnya, program pertukaran pelajar dapat meningkatkan kemahiran teknologi untuk kemajuan negara kerana bidang teknologi yang paling mudah untuk dilaksanakan antara mana-mana negara pada era globalisasi ini. Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Teknologi juga mampu meletakkan negara kita se¬tanding dengan negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Dengan ini pelajar akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membe¬lanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Natijanya , pelajar yang kembali ke negaranya setelah mengikuti program pertukaran pelajar adalah modal baru bagi negara untuk mencapai matlamat kemajuannya. Seperti kata peribahasa, hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri.Setiap pelajar itu akan kembali ke negaranya dan memperjuangkan nasib negara ke arah yang lebih baik.

           
           Di samping itu, faedah yang jelas diperoleh melalui program ini adalah dapat meningkatkan pengetahuan secara kritis. Sebagaimana yang kita ketahui, program pertukaran belia yang dianjurkan setiap tahun ini mempunyai misi dan visi yang tersendiri. Antaranya ialah melahirkan belia yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkembangan serantau, mempunyai ilmu pengetahuan tentang manusia dan negara luar. Penghantaran belia ke peringkat antarabangsa memberikan mereka pengalaman dan pengetahuan hidup di perantauan. Selain itu, terdapat juga pertukaran buah fikiran dan idea-idea baru yang seterusnya meluaskan holozon pemikiran mereka serta menjadikan mereka lebih bijak dalam mengungkapkan pendapaat. Jika seseorang belia itu tidak mempunyai daya fikiir yang kritis, lebih sukar untuknya mencapai kecemerlangan, bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Malahan mereka menjadi bagai rumput di tepi jalan dek kerana cetek ilmu pengetahuan. Pada pendapat saya, manfaat daripada program ini dapat menjulang negara ke puncak jagat berikutan lahirnya belia yang terbilang di negara kita.

            Pada waktu yang sama, Program Pertukaran Belia juga dapat meningkatkan kualiti belia negara kita. Sudah menjadi objektif utama Kementerian Belia dan Sukan dalam menganjurkan program ini adalah untuk melahirkan belia yang unggul peribadinya. Ini menggambarkan bahawa belia yang lahir hasil daripada program ini telah dilatih untuk menjadi insan yg berguna dan diharapkan menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa depan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti yang disertai oleh para belia ini dapat menerap dan memupuk semangat kerjasama berkumpulan, sikap tanggungjawab dan cinta akan negara, membentuk jati diri yang kuat serta menjadi seorang yang berpengetahuan luas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pernah berkata bahawa belia seperti inilah yang menjadi cerucuk pimpinan negara kita, bak kata mutiara, pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Pada hemat saya, program seperti ini perlu giat dijalankan agar dapat melahirkan ramai lagi belia yang mempunyai kualiti yang tinggi sebagai pemimpin negara yang Berjaya kelak.

             Dalam meniti kehidupan pada marcapada, Program Pertukaran Pelajar ini dapat memupuk sikap berdikari kepada belia dan tanpa bergantung kepada orang lain. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik genersi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pedapat. Pengalaman ini yang luar biasa ini menyakinkan lagi belia untuk memberi pendapat, membuat keputusan bersendirian berdasarkan maklumat dan berusaha untuk mencapai matlamat mereka. Tambahan pula, kestabilan sosial dan kematangan diri belia juga mendorong mereka untuk menghadapai cabaran di luar zon selesa tanpa pertolongan yang sering diterima sebelumini. Pelajar juga akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya. Tuntasnya, Program Pertukaran Pelajar mampu menciptakan insan muda yang berdikari dan menjadi modal baru bagi negara untuk mencapai matlamat kemajuannya.

             Selain itu, program pertukaran belia juga telah mengeratkan hubungan antara negara kita dengan negara lain bagai beliung dengan asahan. Rancangan program ini khusus bagi negara-negara ASEAN dan Jepun. Rancangan ini juga akan bermula di negara Brunei dan akan singgah di Vietnam, Thailand,Singapore,Indonesia dan berakhir di Jepun. Para pelajar ini berfungsi sebagi duta kecil negar masing-masing untuk belajar di luar negara dan bertanggungjawab menonjolkan Malaysia dari pelbagai aspek. Titian bagi hubungan dua hala akan dieratkan menerusi program ini dan dapat mewujudkan persefahaman dari aspek sosial dan budaya masing-masing.  Misalnya, program pertukaran belia Malaysia-China telah membolehkan wakil belia kedua-dua negara menjalin persahabatan sekali gus meningkatkan persefahaman dan menjalin hubungan lebih erat antara Malaysia dan China. Oleh yang hal demikian, jelaslah bahawa program ini memainkan peranan penting untuk mengekalkan hubungan diplomatik antara negara kita dengan negara lain.

              Ironinya, program pertukaran pelajar terbukti mampu membawa kebaikan kepada pembangunan belia dan negara. Program ini juga bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan negara kita tetapi juga membangunkan negara kita daripada pelbagai aspek untuk kemajuan negara. Oleh itu, kita haruslah menjadi pelajar yang boleh membinasakan diri di negara orang mahupun negara sendiri seperti masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum namun begitu perilaku dan adat budaya perlu dijaga agar tidak hilang dek terlalu taksub mempelajari budaya orang lain kerana Rasulullah s.a.w. ada bersabda “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”

Monday, 23 January 2012

EmPtY :(

Hai2 readers2 semua. walaupun blog sya ni x de follower tapi sya x kesah sgt apa yg penting saya dapat luahkan perasaan yang terbuku dalam hati ni. Hari ni merupakan Hari kedua Tahun Baru Cina. Pukul 8 pagi nanti saya akan pergi ke rumah nenek saudara saya untuk mengikis angpau.. hehe. tapi masalahnya saya x dapat tido. :(



Berbalik kepada tajuk entry kali ini, saya sebenarnya kesepian. Sedih yang membuak2. 2 orang insan yang selalu membantu dan memberi semangat kepada saya telah pergi dalam masa 1 bulan. Sakitnya hati Perihnya jiwa tidak terkata. Pak Cik n Datuk Bongsu saya meninggalkan saya sehingga menyebabkan hati saya masih sedih hingga kini. Tawa mereka, Lawak mereka, senyuman mereka, kata2 mereka sering bermain dalam pikiran saya sehingga membuat saya agak tertekan. kedua2 mereka merupakan seorang yang ceria, suka berjenaka dan setiap jenaka mereka mengandungi nasihat tertentu.



Arwah Uncle Puhan dan isterinya jika bercakap ada saja mereka gaduh2 manja. Saat itulah yang sangat menghiburkan. Gaduh manja mereka amat mencuit hati. Arwah selalu datang ke rumah saya dan tiap kali datang dia x lupa bawa sayur kegemaran saya. Lepas ni x ada lagi yang akan berbuat demikian. Dia selalu mesej dengan mamy bertanya khabar sebab dia x dapat bermesej dengan dady sebab dady pasti x ada masa untuk reply mesej tu. Lepas ni saya hanya dapat tengok gambar dia saja. Last saya jumpa dia last year. sedih sangat bila saya tengok keadaan dia sebelum dikebumikan kurus sekali seperti bukan dia. Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat.



Arwah Aki Bongsu seorang yang ceria dan berjenaka. Semasa kematian dia saya hanya duduk di sisi mayatnya tidak mahu berganjak ke tempat lain. Sedihnya saya sebab saya x sempat berpeluk dan menerima kucupan rindu dia yang selalu dia buat tiap kali berjumpa dengan kami adik beradik ketika pulang kampung. Arwah x memilih orang sesiapa saja yang dia kenal akan dia peluk. saya rindukan pelukan dan kucupan yang selalu dia bagi di dahi saya. Arwah kalau dah peluk orang sampai susah nak bernafas. Arwah seorang ayah yang x betah di tinggalkan  anak2 n isteri begitu juga dengan anak2 n isterinya. Isterinya sanggup tunggu dia balik ke rumah untuk temankan dia makan. Sayu saya lihat nenek bongsu saya x lalu makan sebab kalau dia makan suaminya mesti di hadapan dia. Arwah selalu call kami di johor ni, saya bersyukur sebab seminggu sebelum arwah meninggal saya sempat berjumpa dengan arwah. Pada 26.12 sepatutnya arwah pulang ke kampungnya sebab nak bertemu dengan kami tetapi yang datang ialah badannya yang sudah sejuk x bernafas.  Saya x menghiraukan hujan yang lebat dan tanah yang licin sehingga saya tergelincir sewaktu trak askar datang menghantar mayatnya.



Apabila kerandanya dibuka hatiku sudah tidak bertahan. butir2 jernih terus mengalir laju. wajahnya tersenyum tika itu. lena sekali tidurnya. Ku genggam tangannya mengharapkan dia kembali bernyawa namun itu mustahil. Aku sungguh sedih sebab saya memang menunggu kedatangannya tetapi badannya yang datang. Terus saya teringat janjinya yang ingin membawa kami sekeluarga makan buah durian di kampung isterinya. Semuanya tidak kesampaian.

Arwah Uncle Puhan n Aki Bongsu memang jenis orang yang kuat makan. Mereka akan makan sampai tidak larat untuk bangun. Aki Bongsu tiap kali pulang ke rumah di kampung dia akan minta nasi lapar katanya. Mereka tidak pernah menolak kalau di ajak makan. Apabila mengenangkan itu semua hati ini sangat sayu. Kenapa mereka pergi tanpa memberitahu saya dahulu. Kenapa?? Kenapa?? Saya pasrah. Mungkin ini semua dugaan untuk menguatkan semangat saya dan untuk meningatkan saya supaya terus sayang akan orang2 di sekeliling sya terutama keluarga yang tercinta.




Sebenarnya saya memerlukan seseorang untuk meluahkan semua kesedihan, ya maklumlah single katakan nak luahkan dekat sapa pulak. Dekat blog ni lah jawabnya. Nak luahkan dekat Grace kami berdua dua kali lima saja. Nak luahkan dekat Jessie dia busy x blh kacau. Nak luahkan dkat Mumu x da masa yang terluang saya boleh luahkan perasaan. Lastly saya luahkan perasaan saya melalui doa kepada Tuhan barulah hati saya tenang. Ketenangan itu sungguh menenangkan. Kalau nak luahkan dekat kawan yang lelaki apa pula pikir orangkan?



Selalunya saya dijadikan tempat meluah perasaan dan mendapatkan khidmat nasihat *dah mcm kaunselor pulak.. hehe oleh Mumu, Jessie, Grace, Wan, n ada sesetengah kwan tu. Tapi disaat saya nak meluahkan perasaan saya tak tahu nak luahkan pada siapa. Saya sering luahkan perasaan sya pada Tuhan n Diary yang sentiasa ada bersama saya sebelum tido. :)

Entry kali ni agak panjang. Mood menulis membuak2. Saya kadang2 jealous juga bila tengok kwan2 sepupu sepapat ni bercouple2. Saya ni single je. hurmmm.. ade orang cakap saya jual mahal. *ermm.. betul ke? saya pun x tahu. Tapi saya pernah bg tau Jessie agaknya orang yang kesmbilan nanti kot. haha.. siapalah tu? saya x kesah tapi yang penting kami saling menyanyangi *eww.. ayat x blh belah rasa mcm nak cubit diri je, agak geli.

Okey.. Mata dah mulai sepet pandai pun kau ngantuk wahai mata. Nanti time aku nak siapkan assignment *ceh dah mcm budak U pulak. x pe berngan2. mata tu mulalah nak tertutup. geram betullah. ERmmm.. saya jealous sgt2 bila tengok sepasang couple ni sweet gila. tiap kali saya tengok gambar2 mereka berdua tahap kejealousan sya tu semakin meningkat,. Saya pun nak mcam dieorg. saya suka betul dengan kisah pertemuan mereka. dari musuh menjadi kekasih dari benci menjadi cinta.. AWESOME.. terbaik. semoga hubungan mereka ke jinjang pelamin. AMEN. hehe.. mendoakan kebahagiaan orang merupakan suatu kebahagian untuk diri sendiri.



Sbar je x lama lagi saya dapatlah.. kan2? hehehe.. *gatal sgt. Tapikan My Mom said that My Sister (Steffenney) will get married first. woahhh.. I'm laughing like hell. aahahha.. My target is 25 years old. I know I can.. yeah.. Okey2.. my eye can't tahan already. need to go now. my bed also calling me. my micky need a hug from me.. hehe.. okey guys.. Night2.

I LOVE U ( to someone that will be my sweetheart )
*ahahah.. so perasan..


Tuesday, 17 January 2012

I'm FALLing IN LOVE with YOU ...

Hai semua agak lama juga saya tak mengupdate blog ini coz busy dengan hwork, kokurikulum n ect.. lagi2 dah jadi pengerusi ni x blh duduk diam n SPM pun smakin hmpir.. agak resah gelisah juga lah..

I'm FALLing IN LOVE with YOU 

As a teenager, *ceh ayat.. ahaha.. sbgai seorg remaja yang sedang dalam proses melangkah ke alam dewasa banyak perjalanan yang berliku2 perlu di tempuh. Zaman remaja ni merupakan salah satu zaman yang paling best   yang paling enjoy. Kalau tak dimanfaatkan sepenuhnya zaman ini memang rugi besarlah. Semasa alam ini lah orang2 muda sebok nak bercouple2 sna sni. *sya termasuk x?? kena tanya diri sendiri. Kembali ke pangkal cerita, orang muda memang mudah jatuh cinta.. huuu


REMAJA n CINTA memang tak boleh dipisahkan. sekrang zaman dah maju dah moden bercinta melalui MUKA BUKU pulak. Tadi semasa di sekolah time English Class, Cikgu Indra bincangkan psal satu Poem ni yang bertajuk ARE YOU STILL PLAYING YOUR FLUET? poem ni ada menyelitkan unsur cinta. pasal seorang gf yang merindui bfnya.

<-- saya bermain fluet. bukan gambar sebenar.

Tadi cikgu ada tnya siapa yang sedang FALL IN LOVE seorng pun x angkat tangan sya nak angkat tangan tapi segan + takut juga nty cikgu tnya soalan yg x ptut2 x psal2 muka merah nty. saya memang tgh FALL IN LOVE dengan seorg lelaki ni. tpi tulah die dah x skolah c2 lgi. agak kecawalah sebab x dpt tengok muka dia yg comel tu face 2 face lagi.. heheh.. saya pun x prasan yg die dah lama skolah kat c2 since form 1 tpi knpe sya bru prasaan kehadiran die last year?? argh.. menyesal x tau awl2. x pelah x de jodoh kot. Saya spatutnya berterima kasih kat kwan some1 ni sbab klau bkan sbab sya mencri some1 ni sya msih x knal kot die ni. Saya bukan seorg yg berani mengaku suka kat seseorg mcm kembar sya lgi seorg. sya rasakan hal ini adalah private so this should be a secret.. ada satu kali ni saya terserempak dengan dia hooo ya Tuhan jatuh jantung saya n sempat lagi kteorg main hlang2 jlan. sya ke sana die ke sana sya ke sini die ke sini kwan2 die yg lain dah bergaru kepala sya dah berkeriut dahi die pun pelik juga.. hurghh agak menyeksakan dah lah sya dah lambat masuk kelas lagi2 kelas cikgu garang mcm singa die blh plak hlang jlan nak je ketuk kepala die guna fail tapi x smpai hati pula sebab kecomelan muka die buat sya cair abis. 



Sejak peristiwa tu sya di hantui byg2 die. memang susah ah nak lupekan. kdang2 bila sya membca apa2 shja yg berkaitan dgn cinta org jatuh cinta automatic muka sya merah bak kata pepatah melayu "siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya". saya pun x tau knpa boleh jadi macm tu..  haish biasalah tukan.. FALL IN LOVE memang perkara biasa dlm kehidupan. Orang Perempuan pntang tgok Lelaki handsome lalu terus cari cermin capai sikat tepuk bedak betulkan tudung n segala ape macam yg patut. lelaki tu lalu je bukan ape pun yg korang over bagai tu npe?? Orang lelaki pun dua kali lima sepuluh juga. Mata tu terjojol kalau tengok perempuan pkai ktat2. Mulalah siulan kegatalan tu keluar. meluat dengar. =.=


Jatuh cinta tu x salahkan?? asalkan kita pndai menguruskan keadaan semuanya okey n kita pun blh cover2 diri drp d ketahui jatuh cinta. Saya x taulah kan kot2 "die" terbca entry ni hehehe.. tpi korang semua x tau spe "dia" tu so slamatlah sya sbab sya x perlu malu apa bila bertemu dgn korang kat mana2 psar raya berdekatan TESCO ke , JUSCO ke, CS ke, Dll... huhu.. apa2 pun sya akan akhiri celoteh sya dgn 1 lagu khas buat si "die" ngee~ lagu ni bukan sya nyanyi ye.. suara sya suara emas hanya orang tertentu boleh dgr *perasaan tahap gaban.. 

p/s : tdi masa sya on9 fb sya tdi ada 1 status yg menarik hati sya so sya nak kongsikan dngn korang.. 
"tanya sama hati.....sapa yg kita suka...sapa yg kita rindu..sapa yg kita slalu ingati..
               sapa yg kita sayang...sapa yg kita cintai...disitu kita akan m'jumpai jawapan yg jujur diri hati kita..."

Selamat Membaca,, ^_^