Monday, 5 December 2011

Couple vs Single

Hey2.. Salam 1 Malaysia semua. hari ni saya nak cerita skit. Nampak tak tajuk tu COUPLE vs SINGLE. Ada orang cakap Single is better dan ada pulak orang cakap Couple lagi best. hurmm.. hari tu ada seorang kwan sya ni tanyalah sya ni satu soalan. Soalan nye ialah "awak rasa couple or single best?". Saya agak lama berfikir. Kenapa ramai orang suka sangat bagi saya solan cepu mas. hurmm sya jawablah "saya rasakan KAHWIN lagi best". Kwan sya pun hanya mampu ketawa. Saya saja je jwab mcm tu dah blurr kepala otak ni maklumlah dah brapa minggu x menghadap buku.. *ade kna mengena ke?

Setiap orang mempunya pendapat mereka masing2 dan kita perlulah menghormati setiap pandangan orang lain demi kesejahteraan bersamalah katakan. Apa2 pun saya pun nak tau apa pendapat korang semua. Kita saling berkongsi pendapat ni bagus utk menajamkan lagi kemampuan berfikir kita. Tak gitu kan?

Huhhu.. betol2 sya sokong ayat ni!!

Zaman remaja sekarang boleh dikatakan majoritinya dah bercouple.*termasuk sya pun ada tapi dah out.. ngehehe~ Itu semua hanya cinta monyet ke tapi bukan bermakna orang tu bercinta dengan monyet ye.. ohhhh no no. ahaha.. Tak heranlah kalau kita tengok budak2 sekolah sudah bercinta *tak pyah pergi jauh sapa yang ada adik2 tu cube perhatikan adik2 sendiri. Amboi bukan kemain lagi ye dieorang. Sampai ada yang berpapa mama. Ueee., Geli I dengar kecik2 dah pandai bercinta. Ntah2 x baligh lagi mereka tu. 

Bercouple ni sebenarnya x salah tapi janganlah terlebih sudahlah. Kebaikan bercouple ni sebenarnya setiap pasangan boleh saling memberi sokongan dan kata2 yang membakar semangat supaya kedua2nya boleh berjaya dalam pelajaran. Kalau nak hubungan yang bertahan lama kenalah saling bersefahaman, bertoleransi, menjadi pendengar dan pengkritik yang baik, janganlah cari pasal smpai boleh membuatkan hubungan rapuh dan goyah cuma tunggu waktu untuk rebah sahaja. Keburukan nya pula boleh membuat seseorang itu alpa. Ada yang smpai sanggup bunuh diri bila ditiggalkan kekasih. ish2. korang jangan buat smua tu. Kehilangan kekasih bukan apa sangatlah daripada kita kehilngan ibu bapa kan? Mana satu yang korang nak? kehilangan kekasih or kehilangan ibu bapa@family? mana satu yang lebih menyakitkan? Ingatlah setiap apa yang kita lakukan tu ada kebaikan dan ada keburukannya. Jangan smpai kita terlalu taksub bercinta sehingga diri sendiri di abaikan. Lagipun banyak buang duit juga kalau bercinta ni, yelah dah tu setiap masa setiap jam setiap saat nak tau apa psangan buat mana x melayang duit dok topup je. Belum lagi, ada yang nak belikan psangan dia hadiah mahal2lah, pergi jlan2lah n mcm2 lagi. Cukuplah hanya belikan gula2 mentos tu. kan murah. X perlulah nak beli jam smpai beratus2, beli teddy bear smpai berpuluh2, beli itu beli ini. Nanti kalau korg dah clash pun korang simpan lagi ke semua tu? or masuk tong smpah. bgi sya lbih baik sedekah kat org je ada manfaatnye. x lah membazir.

Sya ada 1 crita. Ni anak buah syalah, bru umur 12 thun sudah pandai bercinta tapi cinta monyetlah. Die jatuh cinta kat seorg kwan adik sya ni umur nye 11 thun. Anak buah sya ni sanggup beli rantai yg mahal sbab nak bg budak prempuan tu tapi apa jadi budak prempuan tu bgi rantai tu kat kakak die. Kakak die happylah anak buah sya ni kecewa sbab cinta dia di tolak. X cukup dgn tu die nyanyi pula kat budak perempuan ni. Tajuk lagi ni KU INGIN ENGKAU MENGERTI. Memang sedap lagu ni lagipun suara anak buah sya ni boleh tahan juga. smbil nyanyi tu die main gitar. Sya pula yg cair dgr die nyanyi. Macam2 cara dia buat sbab nak tackle budak prmpuan tu smpai sanggup kna mrah n bergaduh. WADuh!! Satu mlm tu sya rsa die mmg frust gile lah adik call tgah mlm2 buta. adik die ckap abg die hilang. abg die ckap nak bnuh diri. yg kelakarnye ada ke ptut die suruh pilih nak suruh kereta warna apa yang langgar die. Nak biru ke merah. Babun tol. Tapi skrang die dah x suke kat bdak tu. Sya n Kwan2 lain dah clorox die puas2 bg die sedar skit. Lepas die skit kuat sbab x mkan die ptuskan utk lupakan bdak pempuan tu. sya happy sgt2. x perlu tgok muka die mcm muke org x tentu arah.

Macam mana pulak dengan SINGLE ek? hurmm 4 me single is better. sebab apa? Sebab ada banyak sebab. nak tau apa sebabnya :

1. Tak ada yang akan kongkong batas pergaulan kita
2. Tak ada yang akan marah dekat kita bila kita rapat dengan mana2 boy/girl
3. Jimat kredit
4. Jimat duit
5. Kita tak perlu risau pasal sapa2 sebab single
6. Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja
7. Lebih mudah untuk fokus ketika belajar 
8. Tak ada yang ganggu kita
9. Kite makan pun selera sebab tak perlu pikirkan sapa2.
10. And banyak lagi kebaikan.

single is to be happy..

kalau single x de siapa akan menhalang kita berkwan dgn siapa shja!

Kalau nak single pun jangan sampai ke tua ye. Nanti x psal2 dpt gelaran ANDARTU (bgi prempuan) and BUJANG TERLAJAK (bgi lelaki). Single ni sebenarnya ada bnyak kebaikan dripda bercouple. Kalau nak bercouple tu pun pasangan kena pandai cari. Bercouple ada batasnya. Jangan smpai korang kahwin dulu sebelum nikah *curi ayat kwan sya. Jangan smpai ada bayi2 yg kena korban sebab keterlanjuran. 

Setiap hari di dada2 akhbar bnyak kes buang bayi ni. sebab ape? sebab terlanjur. Time bercinta tu ingat Tuhan tkutkan Dosa supaya boleh mengelakkan benda2 yg x ptot berlaku jadi berlaku. Kalau dating tu bawa Malaikat bersama jgn bawa Setan. Kalau psangan ckap "Kalau U betol2 cinta kan I, U kena serahkan diri U pda I" oii perempuan jgn cair dek kata2 Setan pemusnah ni. Kalau korg jwab "YA" mmg sah korg x syg diri sendiri. Kalau betul lelaki tu betul2 cintakan kamu die x akan berbuat demikian. die x akan berani menyuntuh kamu sebab die hormat kamu itulah calon lelaki pilihan *tersengih2 sambil angkat kening.

Kesimpulannya ialah, kalau bercinta berpada2. Sesiapa yg single x perlu tkut sebab awk ni dlm kategori slmat. Kite dikurniakan akal untuk berfikir. kita tau bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan smpai yang baik itu kita lihat buruk dan yang buruk itu kita lihat baik. RENUNG2KAN DAN SELAMAT MEMBACA ^_^

p/s : Sebelum kita mencintai orang lain ada baiknya kita belajar untuk mencintai diri kita sendiri kerana apabila  kita sudah mencintai diri kita sendiri dan mengenali diri kita sendiri kita akan mudah untuk mencintai orang lain dan lebih tahu menilai mana yang baik dan yang jahat ^_^. Pandai2 koranglah nak buat pilihan. :)




No comments:

Post a Comment