Saturday, 4 August 2012
Berkongsi Ilmu Dengan Pembaca ^_^
Program Pertukaran Belia dalam kalangan negara jiran mendatangkan pelbagai faedah kepada belia
dan negara yang menyertainya. Huraikan pernyataan di atas.
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Generasi muda adalah aset terbesar bagi sebuah negara era globalisasi yang semakin progresif ke arah pembangunan. Wawasan 2020 merupakan mauduk utama Malaysia sebagai negara yang maju. Untuk mencapai matlamat tersebut, generasi muda perlu disiapkan di bahagian hadapan bagi memperjuangkan anjakan paradigma yang semakin berkembang.Negara-negara di dunia telah melaksanakan banyak program pertukaran pelajar antarabangsa. Di Malaysia pula, Program pertukaran pelajar bukanlah sesuatu yang baharu. Pelajar-pelajar cemerlang telah dihantar untuk belajar di luar negara dan mengambil contoh yang baik untuk dioperasikan di Malaysia.Pada hemat saya, program pertukaran pelajar ini menelurkan banyak manfaat.
Pepatah ‘Biar mati anak jangan mati adat’ ini membenarkan kenyataan bahawa tradisi lebih penting untuk diutamakan kerana ia diamalkan sejak berkurun lama dahulu. Program pertukaran pelajar yang biasa berlangsung selama dua minggu bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mempelajari tradisi di negara orang malah mereka juga boleh mempelajari tradisi di negara kita. Misalnya negara Jepun yang terkenal dengan tradisi dan teknologi yang jauh lebih maju berbanding Amerika Syarikat. Dalam ketaksuban kita mempelajari permainan bunga tenis, Jan-Ken-Po (Gunting-Batu-Kain) dan lagu-lagu tradisional mereka seperti Kagome Kagome, Maru Take Ebisu dan Fuyuhime-sama, mereka juga tertarik dengan keunikan dan keenakan kuih-muih tradisional negara kita seperti kuih kosui, buah Melaka dan kuih sagu. Mereka juga kagum dengan pakaian tradisional Melayu iaitu baju kurung kerana ia kelihatan seakan-akan kimono, yang juga mengehadkan pergerakan mereka.Pertukaran pelajar bukan sahaja bermaksud bertukar konsep pelajaran tetapi juga bertukar informasi dan pandangan tentang negara mereka.
Tambahan pula, pelajar dapat mempelajari sejarah di negara yang terlibat seperti Sejarah Kemerdekaan, Sejarah Penubuhan dan Sejarah Keluarga di-Raja. Misalnya negara Rusia yang terkenal dengan pemerintahan Raja Tsar yang akhirnya jatuh akibat pemberontakan. Tragedi itu juga menjadi inspirasi untuk membikin sebuah cerita kartun terkenal iaitu Anastasia. Gadis berdarah di-Raja Rusia ini dikatakan hilang semasa pemberontakan dan pembunuhan keluarganya dan dipercayai masih hidup. Pelajar yang berpeluang ke Paris dapat melihat peninggalan Raja Tsar dengan lebih spesifik serta monument seperti istana Rumanov. Kepada peminat Raja Napoloean, pemerintah negara Perancis yang terkenal dengan kependekan tingginya dan ketinggian egonya boleh mengekori program pertukaran pelajar untuk melihat sendiri tinggalan sejarah Negara tersebut dan memupuk minat terhadap dunia sejarah.
Bagi sesetengah pelajar,mereka menyambung pengajian ke luar negara adalah untuk mencari pengalaman dan kelainan dalam proses pembelajarannya. Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea baru untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik genersi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pendapat. Hal ini akan, membuka minda pelajar agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Pelajar akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya. Teknologi yang berkembang di luar negara dapat di bawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar. Ironinya, negara akan dapat meningkatkan kualiti kerja dan pembangunan negara hasil daripada
Seterusnya, program pertukaran pelajar dapat meningkatkan kemahiran teknologi untuk kemajuan negara kerana bidang teknologi yang paling mudah untuk dilaksanakan antara mana-mana negara pada era globalisasi ini. Penekanan dalam kemajuan teknologi maklumat akan menggalakkan pemindahan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Teknologi juga mampu meletakkan negara kita se¬tanding dengan negara-negara maju. Dalam zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur dengan pencapaian dalam bidang teknologi. Oleh yang demikian sebagai sebuah negara yang ingin mencapai status negara maju, Malaysia mestilah menitikberatkan bidang ini dan menjadikan kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Dengan ini pelajar akan memindahkan teknologi canggih ini untuk dipelajari oleh rakyat negara kita. Kerajaan tidak perlu membe¬lanjakan wang yang banyak untuk menghantar pegawai untuk berkursus di luar negara. Natijanya , pelajar yang kembali ke negaranya setelah mengikuti program pertukaran pelajar adalah modal baru bagi negara untuk mencapai matlamat kemajuannya. Seperti kata peribahasa, hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri.Setiap pelajar itu akan kembali ke negaranya dan memperjuangkan nasib negara ke arah yang lebih baik.
Di samping itu, faedah yang jelas diperoleh melalui program ini adalah dapat meningkatkan pengetahuan secara kritis. Sebagaimana yang kita ketahui, program pertukaran belia yang dianjurkan setiap tahun ini mempunyai misi dan visi yang tersendiri. Antaranya ialah melahirkan belia yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkembangan serantau, mempunyai ilmu pengetahuan tentang manusia dan negara luar. Penghantaran belia ke peringkat antarabangsa memberikan mereka pengalaman dan pengetahuan hidup di perantauan. Selain itu, terdapat juga pertukaran buah fikiran dan idea-idea baru yang seterusnya meluaskan holozon pemikiran mereka serta menjadikan mereka lebih bijak dalam mengungkapkan pendapaat. Jika seseorang belia itu tidak mempunyai daya fikiir yang kritis, lebih sukar untuknya mencapai kecemerlangan, bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Malahan mereka menjadi bagai rumput di tepi jalan dek kerana cetek ilmu pengetahuan. Pada pendapat saya, manfaat daripada program ini dapat menjulang negara ke puncak jagat berikutan lahirnya belia yang terbilang di negara kita.
Pada waktu yang sama, Program Pertukaran Belia juga dapat meningkatkan kualiti belia negara kita. Sudah menjadi objektif utama Kementerian Belia dan Sukan dalam menganjurkan program ini adalah untuk melahirkan belia yang unggul peribadinya. Ini menggambarkan bahawa belia yang lahir hasil daripada program ini telah dilatih untuk menjadi insan yg berguna dan diharapkan menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa depan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti yang disertai oleh para belia ini dapat menerap dan memupuk semangat kerjasama berkumpulan, sikap tanggungjawab dan cinta akan negara, membentuk jati diri yang kuat serta menjadi seorang yang berpengetahuan luas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pernah berkata bahawa belia seperti inilah yang menjadi cerucuk pimpinan negara kita, bak kata mutiara, pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. Pada hemat saya, program seperti ini perlu giat dijalankan agar dapat melahirkan ramai lagi belia yang mempunyai kualiti yang tinggi sebagai pemimpin negara yang Berjaya kelak.
Dalam meniti kehidupan pada marcapada, Program Pertukaran Pelajar ini dapat memupuk sikap berdikari kepada belia dan tanpa bergantung kepada orang lain. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik genersi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan pedapat. Pengalaman ini yang luar biasa ini menyakinkan lagi belia untuk memberi pendapat, membuat keputusan bersendirian berdasarkan maklumat dan berusaha untuk mencapai matlamat mereka. Tambahan pula, kestabilan sosial dan kematangan diri belia juga mendorong mereka untuk menghadapai cabaran di luar zon selesa tanpa pertolongan yang sering diterima sebelumini. Pelajar juga akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya. Tuntasnya, Program Pertukaran Pelajar mampu menciptakan insan muda yang berdikari dan menjadi modal baru bagi negara untuk mencapai matlamat kemajuannya.
Selain itu, program pertukaran belia juga telah mengeratkan hubungan antara negara kita dengan negara lain bagai beliung dengan asahan. Rancangan program ini khusus bagi negara-negara ASEAN dan Jepun. Rancangan ini juga akan bermula di negara Brunei dan akan singgah di Vietnam, Thailand,Singapore,Indonesia dan berakhir di Jepun. Para pelajar ini berfungsi sebagi duta kecil negar masing-masing untuk belajar di luar negara dan bertanggungjawab menonjolkan Malaysia dari pelbagai aspek. Titian bagi hubungan dua hala akan dieratkan menerusi program ini dan dapat mewujudkan persefahaman dari aspek sosial dan budaya masing-masing. Misalnya, program pertukaran belia Malaysia-China telah membolehkan wakil belia kedua-dua negara menjalin persahabatan sekali gus meningkatkan persefahaman dan menjalin hubungan lebih erat antara Malaysia dan China. Oleh yang hal demikian, jelaslah bahawa program ini memainkan peranan penting untuk mengekalkan hubungan diplomatik antara negara kita dengan negara lain.
Ironinya, program pertukaran pelajar terbukti mampu membawa kebaikan kepada pembangunan belia dan negara. Program ini juga bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan negara kita tetapi juga membangunkan negara kita daripada pelbagai aspek untuk kemajuan negara. Oleh itu, kita haruslah menjadi pelajar yang boleh membinasakan diri di negara orang mahupun negara sendiri seperti masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum namun begitu perilaku dan adat budaya perlu dijaga agar tidak hilang dek terlalu taksub mempelajari budaya orang lain kerana Rasulullah s.a.w. ada bersabda “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”
Subscribe to:
Comments (Atom)